Business

Tolak pemasangan CCTV, lesen perniagaan stesen minyak akan ditarik balik

Gambar Hiasan

Pemilik stesen minyak di sempadan diberi amaran lesen perniagaan mereka akan ditarik balik sekiranya menolak pemasangan kamera litar tertutup (CCTV).

Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail, pemasangan CCTV di stesen minyak itu akan dilaksanakan tahun ini sejajar usaha menangani masalah penyeludupan petrol dan diesel.

“Kita tidak mengambil kira alasan berkenaan, apa yang pasti kita mahu memastikan aktiviti penyeludupan petrol dan diesel dapat ditangani. Perbincangan berhubung perkara itu kini sudah di peringkat akhir.

“Pihak kementerian meminta saya membuat pemilihan stesen untuk pemasangan CCTV itu, membabitkan stesen minyak di Pengkalan Kubor, Rantau Panjang, dan Bukit Bunga,” katanya kepada Berita Harian sambil menyatakan keyakinan inisiatif itu mampu mengurangkan secara ketara aktiviti penyeludupan.

Beliau berkata, pemasangan CCTV membolehkan pemantauan dilakukan secara terus dari pejabat, selain melihat aktiviti di stesen minyak terbabit.

 

 

PALING POPULAR

To Top