Umum

Radzi Jidin ingatkan maszlee korbankan sikit perangai busuk hati

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin membidas dakwaan Dr Maszlee Malik kononnya projek pembekalan loker ke semua sekolah menjadi salah satu projek kontroversi yang cuba disenyapkan.

Sebaliknya Radzi menegaskan, projek itu telah dilaksanakan sebaiknya sebelum beliau meninggalkan Kementerian Pendidikan.

“Brother, hari ini hari raya korban. Korbankan sikit perangai busuk hati tu, hidup memfitnah ini tiada keberkatan.

“Apa yang seharusnya dilaksanakan sewaktu di KPM telah pun saya dan pengurusan KPM ikhtiar dan laksanakan sebaiknya sebelum saya tinggalkan kementerian.

“Pelaksanaan inisiatif tersebut adalah mengikut fasa dan secara tender terbuka.

“Untuk fasa seterusnya, boleh tanya terus kepada Menteri PH-DAP-BN sekarang,” katanya dalam hantaran terbaru di akaun Facebook rasminya, semalam.

Terdahulu, Maszlee yang juga bekas Menteri Pendidikan mendakwa, isu loker sekolah yang dijanjikan pada 2022 tidak dibawa kepada pengetahuan media dan Parlimen.

Maszlee berkata, ia hanya akan membuka pekung Perikatan Nasional (PN) kerana projek itu di bawah kepimpinan sebelum ini.

Bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam turut mempersoalkan status projek itu dan mendesak KPM memberi penjelasan kelewatan projek itu kepada rakyat.

“Apakah semua locker yang telah dibeli dan dibayar oleh kerajaan sudah dihantar ke sekolah-sekolah semua?

“Demi integriti dan tatakelola kerajaan yang baik dan bersih, KPM dapat berkongsi maklumat kepada rakyat mengenai satu lagi projek kerajaan PN di bawah Radzi Jidin yang menimbulkan kontroversi tetapi disenyapkan oleh PN,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top