Selepas melahirkan Taimur Ali Khan, Kareena Kapoor nekad untuk menurunkan berat badan dan mendapatkan semula bentuk badannya yang langsing.
Baru-baru ini, pelakon popular Bollywood itu kongsikan kejayaannya menurunkan berat badan sebanyak 12kg.
Antara aktiviti senaman yang dilakukan Kareena secara konsisten sejak Mac lalu adalah dia kerap ke gim, melakukan yoga, tarian dan senaman pilates.
Menurut Kareena, yoga sangat baik untuk kesihatan, badan dan minda Selain latihan kardio, dia melakukan yoga selama 2 jam walaupun sibuk dengan jadualnya yang padat.
Selain itu, Kareena turut mengawal pemakanan secara ketat dan mengamalkan diet yang sihat.
1. Sarapan: Keju (Free fat), sekeping roti atau prata dengan susu, susu soya
2. Lunch: 2 Chapati, dal, salad dan sup
3. Snack: Protein shack dan buah-buahan/kekacang
4. Dinner: Chapati, dal dan sup sayuran
5. Air: 6-8 liter air setiap hari
Semasa hamil, berat badan Kareena meningkat sebanyak 18kg dan dia berazam untuk menurunkan berat badan sebanyak 19 kg selepas bersalin.
Sumber: Media Hiburan