Buletin

“Takkan Kau Nak Kahwin Dengan Shuib?”

Kisah pasangan ini sentiasa menjadi perhatian netizen. Mana tidaknya, di awal perkahwinan, pasangan ini bukan hidup senang. Kini, semuanya berubah dan kesenangan dikecapi adalah hasil titik peluh bersama.

Baru-baru ini Siti Sarah meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan suami seperti Shuib. Ketika menerima lamaran Shuib 6 tahun lalu, Sarah pasti keputusannya adalah tepat untuk menerima Shuib dalam hidupnya.

Orang tanya kenapa pilih dia??

“Kita kenal tak lama sekejap je dah nikah .. itu la jodoh.. masa nak nikah tu I ingat lagi you job pon tak berapa nak ada kadang risau juga. tapi you bukan lelaki yang jenis tunggu job.. ada je benda yang you nak buat utk dapatkan rezeki.. ingt lagi you sanggup kerja jual ayam percik dekat bazar Ramadan masa tu ramai yg cakap masa tu kenapa dia??

Ada yang cakap Shuib pakai ilmu guna-guna ke??

Takkan kau nak kawin dengan Shuib??? Terus terang I tak ada jawapan untuk itu.. cuma jawab dalam hati je la..yang tau Shuib tu aku. Sampai ada yang kata Shuib pakai ilmu guna-guna hahahahha..

Jodoh ku sayang @shuibsepahtu

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on

Syukur dikurniakan suami rajin bekerja & tak kedekut

Sekarang syukur Alhamdulillah .. berkat hasil usaha you. Orang macam you ni Insyaallah rezeki banyak.. kerja tak mengelat.. tak pandai curi tulang..tak suke burukkan orang .. buat kerja bersungguh kalau tak tau akan cari tau.. berkongsi rezeki dengan keluarga (tak kedekut)

Terlalu ramai mendoakan kami, Allah je dapat membalas

Moga perkawinan kita diberkati dirahmati dipermudahkan .. setiap perkahwinan itu pasti ada dugaan .. tapi saya sangat bersyukur, terlalu ramai yg mendoakan kami … syukur syukur syukur dan terima kasih..hanya Allah yg dapat membalas jasa kamu semua.

Sumber: Instagram Siti Sarah

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top