Rancangan untuk membina sebuah masjid bawah air yang akan mempunyai kapasiti sehingga 75 jemaah diumumkan oleh Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Amal Dubai.
Masjid yang bernilai 55 juta dirham ini akan merangkumi ruang tamu dan kedai kopi di atas air, manakala dewan solat dan bahagian lainnya, akan berada di bawah air.
Struktur masjid ini akan mempunyai tiga tingkat, dewan di bawah air untuk solat, dan juga dilengkapi dengan tempat berwuduk dan tandas. Masjid ini akan memberikan para jemaah suatu pengalaman yang unik.
Perancangan masjid ini diumumkan semasa Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Amal Dubai (IACAD) mengadakan mesyuarat mengenai projek pelancongan keagamaan ini dimana Ahmad al-Mansuri «احمد المنصوری», ahli pertubuhan ini berkata, pembinaan masjid di UAE ini akan dimulakan tidak lama lagi. Masjid ini akan berada sangat dekat dengan pantai, namun begitu, lokasi sebenar masjid itu masih belum ditentukan.
Al-Mansuri juga berkata masjid ini akan dibuka kepada semua mazhab Islam dan pengunjung perlu memakai pakaian sopan.