Umum

Remaja maut, tiga cedera lumba haram

Seorang remaja berusia 15 tahun meninggal dunia manakala tiga lagi cedera dalam nahas membabitkan empat motosikal di Kilometer 23 Jalan Merotai, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan sekumpulan remaja lelaki itu berlaku pada jam 9.15 malam dipercayai akibat aktiviti perlumbaan haram.

“Nahas dipercayai berlaku ketika kesemua mangsa menunggang motosikal dan masing-masing bersaing sesama sendiri sehingga berlaku kemalangan.

“Kesemua remaja terlibat terdiri daripada dua warga asing manakala dua lagi rakyat tempatan berusia antara 15 hingga 20 tahun,” katanya.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala yang cedera dihantar ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut.

Mangsa turut didapati positif COVID-19 setelah ujian saringan dijalankan ke atas mayatnya.

Siasatan lanjut polis turut mendapati tiga remaja berkenaan tidak mempunyai lesen memandu termasuk mangsa.

Ketiga-tiga lelaki terlibat kini ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top