Umum

Penamatan perintah berkurung di Shanghai ditangguhkan

Penamatan perintah berkurung di Shanghai sudah berlanjutan selama lima minggu.

Tetapi ia ditangguhkan selepas kes COVID-19 masih dikesan dalam komuniti.

Perkembangan itu mengecewakan penduduk dan pihak berkuasa kerana kes terus meningkat walaupun China melaksanakan strategi tegas mengasingkan semua kes positif dan kontak rapat.

Di sebalik jumlah kes keseluruhan di hab kewangan itu terus susut, jangkitan dalam komuniti masih terus berlaku.

Pada Selasa ia mencatatkan 4,982 kes berbanding 5,669 kes Isnin lepas.

Selepas berjaya mencecah sifar kes baharu hujung minggu lalu, jumlah jangkitan kembali meningkat kepada lebih 50 sehari bulan ini.

Pihak berkuasa shanghai sebelum ini memaklumkan perintah berkurung itu hanya akan ditamatkan selepas jangkitan komuniti mencecah angka sifar, sama seperti di wilayah Jilin, di mana perintah berkurung dilonggarkan secara berperingkat selepas tiada jangkitan dalam komuniti dikesan.

Pihak berkuasa memaklumkan, kira-kira 2.54 juta daripada keseluruhan 25 juta penduduk Shanghai masih dikenakan perintah berkurung yang ketat setakat Isnin lalu dan bandar itu akan terus melaksanakan saringan besar-besaran sehingga 7 Mei depan.

Selasa lalu, pihak berkuasa menggesa penduduk Beijing jangan keluar dari bandar itu jika tiada urusan penting dan hanya individu dengan kod kesihatan hijau serta negatif COVID-19 dalam tempoh 48 jam dibenarkan keluar dari bandar berkenaan.

Sesi persekolahan secara bersemuka pula digantung antara 5 hingga 11 Mei depan, dengan pihak pentadbiran pendidikan daerah bakal merangka perancangan pembelajaran secara dalam talian.

PALING POPULAR

To Top