Umum

Remaja patah kaki, tangan langgar belakang SUV polis

Gambar Sinar Harian

Seorang remaja tercedera selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar kenderaan (SUV) polis dalam kejadian kemalangan di Kilometer (KM) 4 Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli berhampiran lampu isyarat Bandariang, Gerik pada hari Ahad.

Menurut laporan di Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.10 pagi melibatkan dua motosikal Yamaha Y15 dan Proton X70 milik polis.

Katanya, Kenderaan polis yang dipandu seorang pegawai bersama seorang lagi pegawai kanan yang sedang berhenti di lampu isyarat secara tiba-tiba dirempuh oleh sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki berusia 18 tahun.

“Rempuhan tersebut telah mengenai bahagian belakang kenderaan polis dan penunggang motosikal itu pula mengalami patah kaki dan tangan kanan serta luka pada bahagian kepala.

“Sebuah lagi motosikal yang ditunggang seorang lelaki berusia 17 tahun sempat mengelak dari melanggar kenderaan polis sebelum terbabas ke sebelah kiri jalan dan mengalami luka ringan pada bahagian kaki kiri dan kanan,” katanya kepada dalam satu kenyataan pada hari Ahad.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang kenderaan polis tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kejadian kemalangan itu.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati kedua-dua penunggang terbabit menunggang dalam keadaan laju sebelum hilang kawalan.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Geri, Inspektor Zaidi Yasin di talian 013-4487374 bagi membantu siasatan dan kes disiasat bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

 

Sumber Sinar Harian

PALING POPULAR

To Top