Diet

Resipi mudah homemade Oat milk.

Selama ini, keputusan paling sukar untuk dibuat semasa membeli susu ialah samada untuk beli susu kurang lemak atau susu penuh krim. Kini, anda boleh menemui pelbagai jenis susu yang diperbuat daripada makanan yang anda tidak sangka boleh “disusu” contohnya daripada oat, badam dan juga beras. Susu ini lebih dikenali sebagai susu berasaskan tumbuhan atau plant-based milk dan semakin popular dikalangan masyarakat sekarang.

Walaupun susu tenusu masih merupakan bentuk susu yang paling popular, permintaan terhadap plant-based milk juga semakin meningkat dan mudah didapati di pasaran. Mari kita mengetahui lebih lanjut tentang plant-based milk dan faedahnya terhadap kesihatan manusia.

Plant-based milk mempunyai kandungan protein yang baik dan bebas dari laktosa. Bagi mereka yang tak bertoleransi laktosa, ini merupakan harapan baru.

Untuk penggemar plant-based milk, dan pernah terfikir hendak membuat sendiri di rumah, anda boleh cuba resipi homemade oat milk ini. Bukan sahaja ia mudah tetapi juga sedap dan berkhasiat. Malah anda boleh berjimat jika buat oat milk sendiri.

Jom cuba!

 

Bahan-bahan:

1 cawan rolled oats

3 cawan air

1 sudu teh vanilla essence

1 biji buah kurma (yang telah dibuang bijinya)

 

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan di atas hingga separa hancur.

2. Dengan menggunakan kain bersih, tapis oats yang telah dikisar tadi sebanyak dua kali.

4. Siap!

 

Macam mana? Senang kan? Selamat mencuba!

Ikuti resipi seterusnya, homemade almond milk.

 

 

 

PALING POPULAR

To Top