Umum

Ribuan penduduk sambut kedatangan Muhyiddin Yassin di Sepang

Baru ini, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Ketua Srikandi Bersatu Malaysia Datuk Seri Rina Harun sebagai calon parti itu yang akan bertanding di kerusi Parlimen Sepang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November ini.

Beliau berkata pengumuman dibuatnya itu menjawab pelbagai khabar angin mengenai perkara berkenaan sebelum ini.

“Siapa calon (PN) kat Sepang? YB Rina Harun calon kita.

Menerusi laman Facebook beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkongsi pengalaman beliau berpeluang bersua muka dengan warga parlimen Sepang dalam Program Jelajah Prihatin Perikatan Nasional (PN), semalam.

Syukur ke hadrat Allah SWT dengan sambutan meriah ribuan penduduk yang saya pasti adalah penyokong perjuangan dan wawasan PN untuk mewujudkan Kerajaan yang Prihatin, Bersih dan Stabil (#PNBest).

Saya percaya mereka datang kerana ingin mendengar sendiri tawaran PN jika kita berjaya membentuk Kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Saya berjanji sekiranya saya  diberi mandat sekali lagi dan dipilih untuk memimpin Kerajaan Perikatan Nasional pada 19 November ini, perkara pertama yang akan kita buat adalah melaksanakan agenda penting membela nasib rakyat.

Nasib kumpulan B40 dan anak-anak muda yang tidak ada pekerjaan adalah antara yang akan diberikan perhatian utama.

Bagi saya dan pimpinan PN, soal mengurus kehidupan rakyat sama penting dengan soal menyelamatkan nyawa rakyat (lives and livelihoods).

Ingin saya ingatkan bahawa “krisis” belum berakhir. Krisis pada 19 November ini adalah untuk membuat keputusan yang kritikal mengenai parti yang akan menerajui negara.

Justeru pilihlah kerajaan yang prihatin dan peduli rakyat. Siapa yang saudara-saudari akan pilih? Sudah tentulah parti Perikatan Nasional (PN).

Saya harap jentera parti di Parlimen Sepang akan memberi sokongan tidak berbelah-bahagi kepada calon PN iaitu YB Datuk Seri Rina Harun, Ketua Wanita PN.

Penting untuk setiap pengundi terutama golongan anak muda yang baru pertama kali mahu menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih dalam PRU-15, untuk membuat keputusan yang betul memilih kerajaan yang berintegriti.

Ini pilihan raya paling penting dalam sejarah dan menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan kemenangan menjadi milik PN.

#PNBEST

#BersihdanStabil

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top