Umum

Rumah Bonda ambil tindakan undang-undang terhadap pihak sebar maklumat sulit

Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur (Rumah Bonda) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa pihak yang didakwa menyebarkan maklumat sulit penghuni rumah kebajikan itu.

Dalam satu kenyataan, Rumah Bonda menjelaskan pihaknya memandang serius perbuatan sedemikian selain kenyataan dikeluarkan pihak terbabit kononnya terdapat kegiatan pemerdagangan bayi dilakukan di rumah kebajikan berkenaan.

Rumah Bonda mendakwa maklumat sulit yang kini tersebar di media sosial telah didedahkan secara tidak bertanggungjawab oleh bekas kakitangan rumah kebajikan itu.

“Pertubuhan Rumah Bonda dengan ini menegaskan bahawa pada bila-bila masa Pertubuhan Rumah Bonda tidak mengizinkan rekod-rekod sulit bekas penghuni disalahgunakan dan disebarkan sedemikian rupa.

“Pertubuhan Rumah Bonda juga memandang serius percubaan pihak-pihak tertentu yang telah menghubungi dan mengganggu keluarga-keluarga angkat, menyebarkan maklumat dan gambar mereka di media sosial serta mendesak mereka untuk membuat laporan polis palsu dengan mendakwa berlaku kegiatan penjualan bayi di rumah perlindungan Rumah Bonda.

“Pertubuhan Rumah Bonda telah merujuk perkara ini dengan pihak peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya,” kata kenyataan tersebut.

PALING POPULAR

To Top