Business

SAP dedah perniagaan Asia Pasifik dan Jepun yang berjaya lebih cenderung utamakan Gen AI

Organisasi-organisasi pasaran pertengahan Asia Pasifik dan Jepun (APJ) yang berjaya lebih cenderung untuk mengutamakan kecerdasan buatan generatif (Gen AI) berbanding organisasi-organisasi yang menyaksikan pertumbuhan hasil yang lebih rendah – dan mereka mengguna pakai inovasi AI baharu dalam setiap sudut perniagaan mereka.

 

Satu kajian terkini terhadap 12,003 perniagaan oleh SAP (NYSE: SAP) mendapati perniagaan pasaran pertengahan APJ, ditakrifkan sebagai syarikat-syarikat yang mempunyai antara 250 dan 1,500 pekerja, dengan pertumbuhan hasil yang tinggi[1] lebih cenderung untuk memberikan keutamaan yang sederhana atau kukuh ke atas penggunaan Gen AI (94%) berbanding syarikat-syarikat yang mempunyai pertumbuhan hasil yang lebih rendah (86%).

“Business AI ialah peluang teknologi terbesar pada abad ke-21 untuk perniagaan di Asia Pasifik dan Jepun,” kata Utkarsh Maheshwari, Ketua Pegawai Rakan Kongsi dan Ketua Pasaran Pertengahan SAP Asia Pasifik & Jepun. 

“Namun begitu, faedah-faedah Business AI tidak terhad kepada perusahaan besar. Organisasi-organisasi dari setiap saiz boleh merealisasikan peluang yang boleh diberikan oleh AI yang relevan, andal dan bertanggungjawab. Itu bukan sekadar penjanaan imej atau pembikinan video. Ia mengautomasikan masalah unik setiap hari, memberikan pandangan yang hebat dengan cepat dan menyelesaikan masalah perniagaan yang mudah secara andal.”

Mengguna pakai AI merupakan keutamaan organisasi utama dalam APJ

Kajian ini, yang menyoal selidik 3400 orang di lima pasaran APJ, mendapati penggunaan kecerdasan buatan merupakan keutamaan organisasi yang utama untuk perniagaan pasaran pertengahan.

Mengguna pakai aplikasi perniagaan standard AI seperti pembelajaran mesin untuk analisis data dan analitik prediktif serta mengguna pakai Gen AI merupakan keutamaan organisasi yang utama merentas APJ (92% keutamaan sederhana dan tinggi). Keutamaan penting yang lain termasuk ancaman keselamatan siber dan menangani jurang dalam rantaian bekalan (semua 92%).

Lebih penting lagi, menambah baik atau meluaskan rangkaian pembekal dan rakan kongsi (43%) menjadi keutamaan tertinggi bagi mencapai pertumbuhan. Namun begitu, kecerdasan buatan dilihat sebagai keutamaan untuk mentransformasikan proses organisasi pada setiap sudut perniagaan.

Lebih separuh daripada organisasi pasaran pertengahan APJ yang ditinjau meletakkan keutamaan tinggi pada AI untuk mentransformasikan keselamatan dan privasi data mereka (52%) dan untuk memacu pembuatan keputusan yang tepat (50%). Bidang-bidang utama lain yang boleh ditransformasikan oleh AI termasuk mencipta model perniagaan baharu (48%), meningkatkan pengalaman pelanggan (48%), meningkatkan latihan dan kemahiran (48%) dan mengoptimumkan rantaian bekalan (47%).

AI mencipta nilai untuk perniagaan APJ hari ini 

Namun begitu, AI bukan hanya dirancang untuk mencapai faedah masa depan. Ia dilaksanakan hari ini.

AI sudahpun digunakan pada tahap sederhana atau kukuh dalam perniagaan APJ pasaran pertengahan bagi mencipta kandungan pemasaran dan jualan, mengumpulkan risikan pasaran, pembangunan dan ujian aplikasi, serta untuk interaksi pelanggan atau vendor (semua 83%).

“AI bukanlah sesuatu yang baharu. Malah, kami telah menggunakannya selama beberapa dekad,” sambung Maheshwari. “Lebih 27,000 pelanggan sudahpun menggunakan SAP Business AI hari ini, termasuk beribu-ribu di seluruh Asia Pasifik dan Jepun. Kami mengeluarkan lebih daripada 70 kes penggunaan Generative AI pada tahun lalu, sudahpun diterapkan pada seluruh platform dan penyelesaian kami dan kami menjangkakan lebih daripada 100 kes penggunaan akan tersedia menjelang penghujung tahun 2024, yang bererti 80% daripada senario yang paling biasa digunakan akan didayakan oleh AI. Sekaranglah masanya untuk meneroka faedah-faedah Business AI!”

Perniagaan pasaran pertengahan APJ melihat data sebagai risiko utama kepada pertumbuhan – dan penerimaan AI

Namun, cabaran kekal untuk memacu pertumbuhan dalam perniagaan pasaran pertengahan APJ.

Responden menyatakan kekurangan data berkualiti (37%) dan kekurangan penyepaduan antara sistem (33%) sebagai cabaran dalaman yang utama kepada pertumbuhan, berserta isu-isu rantaian bekalan (40%) dan silo dalam perniagaan mereka (33%).

Data juga disebut sebagai risiko organisasi apabila melibatkan AI. Perniagaan pasaran pertengahan di APJ berkata risiko terbesar kepada syarikat mereka daripada AI ialah bertindak ke atas maklumat yang salah (36%), mencari dan mengekalkan bakat (34%), kekurangan ketelusan dalam keputusan (34%) serta saiz dan kualiti data yang tidak mencukupi (31%).

“Semakin baik kualiti dan skala data anda, semakin baik juga keputusan AI anda,” simpul Maheshwari. “Itulah sebabnya bekerjasama dengan rakan kongsi teknologi seperti SAP adalah amat penting, kerana ia sudahpun terbina dalam aplikasi yang memberi kuasa kepada proses perniagaan yang paling kritikal. Hanya dengan itu perniagaan APJ dari setiap saiz boleh menjadikan janji Business AI suatu kenyataan.

Latar belakang kajian ini

SAP Insights mengumpul data daripada 12,003 responden merentas 20 negara dan 28 industri. Responden adalah daripada organisasi-organisasi yang mempunyai antara 250 dan 1,500 pekerja, dengan jawatan pengarah hingga eksekutif berpangkat tinggi. Kajian dijalankan pada Mac-April 2024 melalui tinjauan dalam talian.

PALING POPULAR

To Top