Buletin

Saya lupa minta penduduk Bukit Kepong tutup pintu ‘pencuri’ datang – Muhyiddin

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin secara berseloroh berkata, beliau terlupa untuk mengingatkan penduduk Bukit Kepong menutup pintu semasa Datuk Seri Najib Tun Razak datang ke sana beberapa hari lalu.

Beliau dalam nada sinis memberitahu mereka patut berbuat demikian kerana ‘pencuri’ sudah datang.

“Hari tu dia sampai kat Bukit Kepong, kampung saya, saya lupa nak beritahu orang kampung tutup pintu dan tingkap rapat-rapat.

“Saya tak takut cakap ni pasal kita cerita yang betul,” katanya ketika berucap pada majlis santai bersama beliau di Kompleks PAS Batu Pahat malam tadi.

Majlis tersebut turut disertai pemimpin-pemimpin PN yang lain iaitu Datuk Mas Ermieyati Samsuddin, Datuk Rashid Hasnon, Datuk Wan Saiful Wan Jan, Datuk Ali Biju dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri bimbang jika rakyat Johor membuat kesilapan dengan mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

“Zaman dacing sudah berlalu, sekarang adalah masa PN,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan bahawa usaha menghalang penyelewengan dan salah guna kuasa yang membarah dalam UMNO dan BN adalah satu jihad.

“Saya berjanji kita nak membentuk kerajaan yang bersih, berintegriti dan prihatin di Johor. Itu azam saya,” tegasnya.

PALING POPULAR

To Top