Buletin

Selepas Segamat, Kota Tinggi pula dilanda banjir kilat

Kota Tinggi menjadi daerah terbaharu dilanda banjir kilat selepas Segamat, menjadikan jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 93 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 21 orang, pada petang Rabu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan memaklumkan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Al-Barakah, Kota Tinggi yang menempatkan 72 mangsa daripada 18 keluarga, dibuka pada jam 10 malam tadi.

“Antara kawasan yang terjejas adalah Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Batu 5 dan Kampung Kuala Paya di Segamat dan Kampung Sri Jaya serta Kampung Sri Delima di Kota Tinggi,” katanya dalam kenyataan itu.

Semalam, limpahan air Sungai Muar menyebabkan beberapa rumah dinaiki air dengan paras air di lokasi terjejas mencecah paras lutut dan cuaca di seluruh negeri ketika ini dilaporkan cerah. – Bernama

PALING POPULAR

To Top