Umum

Siap sedia berdepan perubahan cuaca, risiko banjir skala besar, titah Agong

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah supaya seluruh rakyat melakukan persediaan menghadapi fenomena perubahan cuaca yang membawa hujan lebat berterusan termasuk risiko banjir berskala besar, mulai pertengahan November.

Titahnya, baginda juga meminta semua agensi berkaitan membuat persediaan rapi secara menyeluruh bukan sahaja dalam aspek mengurangkan kesan banjir, malah merangka kaedah bantuan kepada mangsa dapat diberikan secara terancang, segera dan efektif.

“Baru-baru ini, Jabatan Meteorologi Malaysia telah meramalkan negara akan berhadapan dengan hujan lebat berterusan dan risiko banjir berskala besar mulai pertengahan November,” katanya ketika bertitah sempena Sambutan Maulidur Rasul.

Sumber: FMT News

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top