Buletin

Siasatan kes melibatkan pegawai SPRM sepatutnya dibuat oleh jawatankuasa bebas – TI-M

Tidak wajar untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri yang menyiasat sebarang kes yang melibatkan pegawainya.

Ini kerana tegas Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Muhammad Mohan, ianya jelas hanya mengundang pelbagai kesangsian.

Kata beliau, sepatutnya kes sedemikian dikendalikan oleh sebuah jawatankuasa bebas yang dianggotai bekas-bekas pegawai tertinggi badan perundangan dan pencegahan jenayah yang tidak berkepentingan.

“Ini akan menjadi satu isu apabila rakyat akan bertanya mana kebebasannya (SPRM).

“Jadi saya rasa elok siasatan seperti ini terutama sekali kes-kes berprofil tinggi dibuat oleh satu jawatankuasa khas yang bebas, mungkin dianggotai oleh bekas hakim, bekas ketua polis atau bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM,” katanya.

Beliau melihat, banyak pihak termasuk rakyat menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan jawapan yang diberikan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), badan yang berada di bawah SPRM itu berhubung kes dakwaan korupsi Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki.

PALING POPULAR

To Top