Umum

Singapura sahkan kes import cacar monyet

Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan negara itu telah mengesan satu kes import cacar monyet, pada Selasa.

Katanya, pesakit merupakan seorang lelaki Britain berusia 42 tahun yang bekerja sebagai pramugara telah disahkan positif pada 20 Jun.

Pesakit telah terbang masuk dan keluar dari Singapura antara 15 dan 17 Jun serta 19 Jun.

Dia berada dalam keadaan stabil di wad di Pusat Kebangsaan Bagi Penyakit Berjangkit (NCID) di Singapura.

13 kontak rapat lelaki itu dikenal pasti setakat Selasa dan kesemuanya akan diletakkan di bawah kuarantin selama 21 hari sejak hubungan terakhir mereka dengannya.

Pengesanan kontak rapat sedang dijalankan untuk penerbangan yang terjejas dan untuk tempoh penginapan lelaki itu di Singapura.

Kes cacar monyet terakhir yang dikesan di negara kota Asia Tenggara itu adalah tiga tahun lalu.

Lebih daripada 35 negara bukan endemik cacar monyet telah melaporkan wabak penyakit virus itu dengan kes yang disahkan kini melebihi 2,500.

PALING POPULAR

To Top