Umum

SPRM tidak jumpa sebarang bukti saya terima rasuah, kata Muhyididin

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal menjumpai bukti bahawa beliau menerima sogokan wang dan rasuah selepas hampir lapan jam disoal siasat agensi itu sejak tengah hari tadi. 

Bercakap kepada pemberita di luar ibu pejabat SPRM di Putrajaya, Muhyiddin kesal apabila bantuan yang disalurkan ketika negara berdepan krisis kesihatan Covid-19 dijadikan modal politik dan pertuduhan mahkamah. 

“SPRM sepatutnya mengetahui bahawa tiada sebarang salah guna kuasa atau rasuah. 

“Amat malang bila akaun Bersatu yang ada dana politik dianggap sebagai satu suapan,” katanya. 

Katanya, beliau akan dikenakan tujuh pertuduhan di mahkamah esok dan percaya tetap dihadapkan ke mahkamah meskipun pelbagai keterangan sudah diberikan dalam sesi soal siasat hari ini.

Sumber: MalaysiaNow

PALING POPULAR

To Top