Umum

Supermodel ikonik Naomi Campbell memperagakan rekaan Rizman Ruzaini di Dubai Fashion Week

Jenama fesyen terkenal yang diasaskan oleh Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil, Rizman Ruzaini berjaya membuat penampilan buat kali pertama di Minggu Fesyen Dubai.

Ia menjadi lebih bersejarah apabila supermodel antarabangsa Naomi Campbell memperagakan busana khas mereka pada acara penutup Minggu Fesyen Dubai itu, sambil berpegang tangan dengan kedua-dua pereka fesyen tanahair itu.

Keterujaan merealisasikan impian melihat supermodel ikonik itu memperagakan rekaan mereka diluahkan menerusi kongsian video di Instagram.

“She is as real as a woman of the world gets, but also magical when she took the runway, on a world class platform like Dubai Fashion Week, wearing a Rizman Ruzaini piece. Naomi Campbell is in a class of her own. What an enigma.” tulisnya

Menurut artikel di Tatler, keloksi terbaru Rizman Ruzaini mengambil ilham dari cerita legenda Nusantara tentang Naga Seri Gumum, mitos tentang seekor naga yang sedang tidur di bawah Tasik Chini di Pahang.

PALING POPULAR

To Top