Umum

Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX

Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir kerajaan campuran apabila lawatan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini ke Arab Saudi tidak mendapat sambutan yang baik.

Dr Mahathir yang pernah menjadi PM selama dua kali berkata sepanjang memerintah tidak pernah ada negara yang tidak menyambutnya dalam setiap lawatan rasmi, tetapi ia berbeza dengan keadaan sekarang apabila pemimpin utama tidak diraikan sepertinya.

“Ya, ini adalah lawatan rasmi. Saya semasa jadi Perdana Menteri membuat lawatan rasmi di banyak negara tak ada satu negara pun yang tidak sambut saya.

“Saya disambut oleh Ketua Negara,” katanya semasa sidang media di pejabatnya hari ini.

Dr. Mahathir terdahulu ditanya berhubung lawatan Anwar baru-baru ini ke Arab Saudi yang disifatkan banyak pihak sebagai gagal dan tidak membawa nilai tambah dalam hubungan diplomatik negara.

Anwar dalam lawatan rasmi ke Arab Saudi gagal berjumpa dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salaman yang juga Perdana Menteri Arab Saudi.

Agensi berita nasional Bernama melaporkan Anwar pada awalnya dijadual mengadakan pertemuan dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota Mohammed di Istana Al Salam.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata berkemungkinan pihak Raja Arab Saudi mungkin mempunyai pandangan tersendiri tidak mahu berjumpa dengan Anwar.

“Saya pun tak faham kenapa Raja Saudi dan Putera Muhammad tidak nak jumpa dengan Anwar.

“Tetapi mereka mungkin mempunyai satu pandangan yang kita tak tahulah yang menyebabkan mereka tidak ingin berjumpa dengan Anwar bila dia pergi ke sana.

“Dan yang berjumpa dengan Anwar pun pegawai yang amat rendahlah,” katanya lagi.

Sumber: Agenda Daily

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top