Umum

Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara

Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin, mantan Perdana Menteri ke-8 dilantik sebagai dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri.

Pelantikan ini telah disembah maklum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri dalam mesyuarat yang diadakan pada 1 September 2021.

Pelantikan ini dibuat di atas dasar keyakinan Kerajaan terhadap kemampuan YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin untuk menerajui strategi pemulihan negara dan mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

 

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top