Sports

PARALIMPIK: Liek Hou raih emas kedua negara

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton para, Cheah Liek Hou mencipta sejarah dengan menjadi pemain pertama negara memenangi pingat emas dalam sukan itu di Sukan Paralimpik 2020 dan kedua buat Malaysia di Tokyo, sebentar tadi.

Liek Hou yang beraksi bagi kategori SU5 cemerlang apabila menewaskan pemain nombor satu dunia yang juga musuh tradisinya dari Indonesia, Dheva Anrimusthi 21-17, 21-15 dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Kebangsaan Yoyogi.

Kemenangan itu menyaksikan pemain berusia 33 tahun berkenaan menjadi penyumbang emas kedua kontinjen negara selepas jaguh powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin memenangi emas pertama minggu lalu.

Sebagai rekod, ini adalah kali pertama sukan badminton di pertandingan di Sukan Paralimpik.

Dengan kejayaan itu, Liek Hou yang dibimbing Datuk Rashid Sidek akan menerima ganjaran sebanyak RM1 juta yang dijanjikan menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) bagi kejayaan memenangi emas Paralimpik dan ganjaran tambahan RM100,000 daripada FWD Takaful.

Sumber: Berita Harian

PALING POPULAR

To Top