Buletin

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyertai misi bantuan banjir di Kampung Jawa dan Sungai Lui

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkesempatan melawat dan menyertai misi bantuan pasca banjir Skuad Prihatin BERSATU di Kampung Jawa dan Kampung Sungai Lui, Hulu Langat Selangor.

Menurut beliau, Misi bantuan hari ini tertumpu kepada kerja-kerja membersih kawasan rumah dan menyampaikan bantuan keperluan harian kepada mangsa-mangsa banjir dan turut disertai oleh sukarelawan Tan Sri Muhyiddin Charity Golf Foundation (TSMCGF) dan BERSATU Bahagian Hulu Langat.

“Saya telah meluluskan bantuan segera dua kontena sebagai penempatan sementara untuk dua keluarga yang telah kehilangan tempat tinggal akibat banjir di Hulu Langat,”

“Saya juga telah menyampaikan bantuan segera berupa barangan makanan, pakaian, peralatan dapur dan barangan keperluan harian lain kepada beberapa keluarga yang saya lawati,”

“Saya turut berkesempatan bertemu dengan dua pengusaha bengkel yang mana peralatan bengkel mereka rosak akibat banjir”.

Beliau dalam laman Facebook nya hari ini berkata Tabung Bencana Banjir BERSATU yang berjumlah RM1 juta sepertimana yang diumumkan pada Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU telah digunakan untuk tujuan membantu mangsa-mangsa banjir termasuk membeli peralatan pembersihan dan barangan keperluan harian untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa terlibat.

Selain itu, beliau berharap dengan pembayaran wang saguhati kepada mangsa banjir seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan dapat disalurkan dengan segera bagi meringankan beban mereka.

Tambahan lain, bantuan dari segi kesihatan dan psikologi juga perlu disediakan bagi membantu trauma yang dihadapi oleh mereka yang telah kehilangan harta benda dan ada juga yang kehilangan ahli keluarga.

“Segala usaha sukarelawan yang telah berkorban masa, tenaga dan wang juga perlu diberi pengiktirafan dalam membantu mereka yang terlibat dengan musibah ini,”

“Terima kasih juga kepada semua pegawai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO )yang terlibat dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir, ujarnya.”

“Saya yakin dan percaya semangat bantu membantu yang telah ditunjukkan oleh segenap lapisan masyarakat Malaysia ini dapat meringankan beban mangsa-mangsa bencana yang terkesan teruk,”

“Saya berdoa semoga mereka diberi kekuatan dalam berhadapan musibah ini dan saya juga berdoa agar para sukarelawan dan petugas barisan hadapan sentiasa dilindungi Allah SWT dalam melaksanakan misi bantuan”.

Skuad Prihatin BERSATU ini telah ditubuhkan sejurus banjir besar melanda negara pada 19 Disember lalu dan pada masa ini sedang giat membantu mangsa-mangsa banjir di semua negeri yang ditimpa bencana ini.

PALING POPULAR

To Top