Umum

Tawar perkhidmatan pelacuran, medan selera diserbu

Gambar pd

Polis telah membongkar taktik premis pelacuran tawarkan khidmat menerusi medan selera di Kuala Lumpur dengan penahanan 47 individu dalam serbuan hari Sabtu.

Menurut Ketua Polis Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya, 2 medan selera, 2 premis pelacuran dan 7 premis urut yang beroperasi di sekitar Jalan Pudu serta Bukit Bintang diperiksa mulai 2.50 petang hingga 11 malam Sabtu.

“Siasatan awal mendapati medan selera berkenaan menggunakan taktik memberikan kalungan bunga, yang mana pelanggan akan membayarnya dengan harga tertentu.

“Selepas bayaran dibuat, pelanggan akan membawa keluar wanita warga asing terbabit bagi tujuan perkhidmatan seks,” katanya dilaporkan Harian Metro.

Beliau berkata, 25 wanita serta 14 lelaki warga asing bersama 6 lelaki dan 2 wanita tempatan berusia 18 sehingga 60 tahun ditahan dalam serbuan itu.

Menurutnya, polis turut merampas pelbagai peralatan disyaki digunakan bagi perkhidmatan seks, peralatan muzik, resit dan lesen perniagaan, telefon bimbit, kalungan bunga serta wang tunai berjumlah RM4,730.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 55B dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Beliau meminta orang ramai menyalurkan maklumat berhubung sebarang kegiatan menyalahi undang-undang dengan menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau balai polis berhampiran.

 

 

PALING POPULAR

To Top