Selalunya setiap kali Hari Raya, baju raya selebriti sering menjadi perhatian. Yelah, berapa pasang baju raya tahun ni, tema warna apa, sedondon ke satu keluarga.
Tapi berbeza buat ikon fesyen terkenal, Wak Doyok yang beraya sakan sebab butang baju Melayu pun dah berharga RM33,000
Menerusi sebuah entri di Twitternya, pada mulanya Wak Doyok memuat naik gambar katalog butang baju Melayu.
Harganya pula boleh tahan mahal hingga mencecah ribuan ringgit.
Kemudian, Wak memuat naik pula gambarnya yang memakai butang baju Melayu dengan kepsyen “Nampak tak, ini harganya RM33k”
Dah mengalahkan harga sebijik kereta pulak dah. Rata-rata netizen mengecam tindakan Wak Doyok yang dikatakan riak.
Sumber: Cari Forum