Buletin

“Tiada sebab Muhyiddin perlu berundur” – Marzuki Mohamad

Kegagalan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, bukanlah satu titik penamat untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden BERSATU dan (PN) untuk berundur.

Ulasan dari Dr Azmi Hassan yang menyuruh Muhyiddin Yassin berundur ditentang oleh Marzuki Mohamad.

Menurut beliau, “mengapa perlu Dr Azmi perlu melontarkan pandangan sedemikian?” adakah pandangan itu sebagai satu cakap kosong, atau ingin berikan satu batu loncatan kepada BERSATU untuk terus kuat memempuhi Pilihan Raya akan datang.

Marzuki juga menyifatkan pandangan yang diberikan ini adalah hanya untuk mendapatkan tarikan, dan dijadikan polemik oleh mereka yang mempunyai motif tertentu.

Beliau yang sudah masak dengan dunia politik ini, ada memberikan pandangan balas terhadap kenyataan Dr Azmi dilaman facebooknya dengan menyatakan,

“Jika kekalahan pertama PN dalam PRN Johor dijadikan sebab mengapa Tan Sri Muhyiddin perlu berundur, maka ramai Presiden parti lain yang mesti berundur juga, ada parti yang kesemua calonnya hilang wang deposit,

Mengapa tidak menyuruh mereka berundur lebih awal daripada Tan Sri?”

Selain itu, ada juga beberapa parti yang kerusinya merosot hanya tinggal satu.

Beliau juga menegaskan, mengikut logik bahawa sesuatu parti itu pasti akan berundur apabila parti itu kalah pada pilihan raya. Namun, ia tidak berlaku kepada semua parti.

Antara contoh yang beliau beri adalah, PAS.

PAS tidak pernah menang dalam pilihanraya persekutuan kecuali di Kelantan, Kedah dan Terengganu. Namun, presiden PAS tidak bertukar dengan sebab PAS kalah pilihanraya.

“Sebaliknya parti itu terus teguh!”.

Begitu juga, apabila Kerajaan Perikatan Nasional dibentuk pada 1 Mac 2020, PAS menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan.

Ada juga parti yang mengalami kekalahan dalam banyak pilihanraya, tetapi akhirnya menang tanpa menukar kepimpinannya.

Tambahan beliau, “Misalnya PKR di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah mengalami kekalahan dalam PRU tahun 1999, 2004, 2008 dan 2013 tetapi akhirnya menang dalam PRU 2018,

“Adakah kekalahan PN dalam PRN Johor adalah amat teruk sehinggakan Tan Sri Muhyiddin mesti letak jawatan?”

Buat masa kini apa yang dapat kita lihat, bilangan kerusi mungkin nampak agak jangal tetapi dari segi trend sokongan pengundi dan data menunjukkan sebaliknya.

Beliau juga berkata, ”dalam PRN Johor, PN adalah satu-satunya parti yang mencatat peningkatan sokongan pengundi Melayu berbanding BN dan PH,

“Jika undi PAS dalam PRU 2018 dijadikan undi asas PN, sokongan pengundi Melayu Johor kepada PN telah meningkat daripada 18.1% dalam PRU 2018 kepada 34.5% dalam PRN 2022,

“Sebaliknya sokongan pengundi Melayu kepada BN telah merosot daripada 58.8% dalam PRU 2018 kepada 51.1% dalam PRN 2022. Data menunjukkan berlaku peralihan hampir 8 mata peratus sokongan pengundi Melayu BN kepada PN,

“Perlu diingat, Johor adalah kubu kuat BN, ujar beliau”.

Sokongan pengundi Melayu kepada PH juga telah merosot dengan ketara iaitu daripada 28.3% dalam PRU 2018 kepada 11.3% dalam PRN 2022. Sebanyak 17 mata peratus sokongan Melayu PH telah beralih kepada PN.

Bukankah ini suatu pencapaian kepda PN iaitu sebuah parti baharu di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin?

Malah, sebuah kajiselidik tinjauan pendapat umum pengundi negeri Johor yang dijalankan oleh Institut Masa Depan Malaysia dengan kerjasama Merdeka Centre for Opinion Research pada 4 hingga 21 Februari 2022 mendapati Tan Sri Muhyiddin adalah pemimpin paling popular di negeri Johor dengan approval rating sebanyak 52% berbanding Datuk Seri Najib Razak 39%, Tun Dr Mahathir 35%, Lim Guang Eng 24% dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi 14%.

Dalam kalangan pengundi Melayu negeri Johor, kajian ini juga menunjukkan Muhyiddin adalah pemimpin paling popular dengan approval rating sebanyak 67% berbanding Najib 43%, Mahathir 43%, Zahid Hamidi 17% dan Lim Guan Eng 12%.

Muhyiddin juga mendahului sebagai calon PM iaitu dengan 29% responden bersetuju berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim 23% dan Datuk Seri Ismail Sabri 16%.

Dalam kalangan responden Melayu, Muhyiddin memperolehi 41%, Ismail Sabri 22% dan Anwar 10%.

Trend peralihan sokongan pengundi Melayu yang ketara kepada PN dalam PRN negeri Johor mungkin juga disebabkan oleh populariti Muhyiddin sebagai bekas Perdana Menteri dan anak Johor.

Berdasarkan data-data ini, bagi saya pandangan supaya Tan Sri Muhyiddin berundur hanya dengan sebab PN kalah dalam PRN Johor adalah agak gopoh dan pramatang.

Pandangan ini adalah pandangan yang berikan oleh Penulisan Marzuki Mohamad

PALING POPULAR

To Top