Umum

Toys”R”Us Asia Melancarkan “Live Toyful”

Dengan pengalaman 40 tahun sebagai jenama terkemuka dalam dunia permainan dan keseronokan, Toys”R”Us Asia dengan bangga memperkenalkan janji jenama baharu mereka, Live Toyful.

Ini menandakan kejayaan transformasi selama dua tahun. Dilancarkan secara serantau pada bulan ini, kempen ini menarik perhatian bukan sahaja kepada keluarga dan kanak-kanak, tetapi juga kepada golongan “kidults”, yang meraikan permainan sebagai elemen penting dalam kehidupan seharian untuk semua peringkat umur.

“Janji jenama baharu kami, Live Toyful, secara strategik meletakkan Toys”R”Us Asia bukan sekadar sebagai peruncit permainan sebaliknya, kami mentakrifkan semula permainan sebagai satu gaya hidup,” kata Leo Tsoi, Ketua Pegawai Eksekutif Toys”R”Us Asia.

“Evolusi ini mencerminkan komitmen kami untuk menjadi sebahagian penting dalam kehidupan seharian pelanggan, dengan mencipta pengalaman yang bermakna yang membawa kegembiraan, dan memberi impak kepada semua generasi,”katanya.

Berdasarkan pandangan pengguna daripada kajian tahun 2024, falsafah Live Toyful diwujudkan sebagai respon kepada perubahan gaya hidup masa kini, di mana ramai pengguna mencari masa untuk bermain walaupun sibuk dengan rutin harian. Generasi Z khususnya melihat bermain sebagai elemen penting untuk mengurangkan tekanan, mengekspresikan diri, serta membina hubungan sosial.

Mereka gemar permainan, koleksi, barangan boleh pakai, dan barangan nostalgia. Toys”R”Us Asia ingin menjadi sebahagian daripada kehidupan harian pengguna — bukan hanya sebagai tempat membeli mainan, tetapi juga sebagai destinasi utama untuk hiburan dan produk gaya hidup yang menambah kegembiraan dalam kehidupan seharian.

Bagi memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang, Toys”R”Us Asia telah menjalankan transformasi selama dua tahun dan memperkenalkan tujuh generasi kedai konsep baharu. Kedai-kedai ini direka dengan susun atur yang menarik, zon pengalaman khas, dan elemen yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Pada Mei 2025, semangat Live Toyful akan dilancarkan di Shenzhen dan Taiwan, di mana kedai-kedai akan diubah menjadi dunia ajaib khas untuk peminat IP dan golongan kidults, dengan pelbagai kejutan menyeronokkan untuk pengunjung dari semua peringkat usia. Pelancaran ini menandakan permulaan kepada pengembangan konsep Live Toyful, yang dijangka akan terus berkembang ke seluruh rantau dalam bulan-bulan akan datang.

Selain daripada pengalaman kedai yang menarik, Toys”R”Us Asia turut membawa semangat Live Toyful ke dalam setiap aspek kehidupan harian. Melalui label eksklusifnya, playpop, jenama ini kini berkembang melebihi produk mainan tradisional dengan menawarkan barangan gaya hidup – yang direka khusus untuk mencetuskan kegembiraan dalam kehidupan harian.

Daripada permainan hingga ke keperluan harian, setiap produk dihasilkan dengan tujuan untuk menginspirasikan gaya hidup Toyful yang holistic.

Menambahkan lagi keterujaan, Toys”R”Us Asia telah bekerjasama dengan jenama-jenama global terkenal bagi mendekati peminat di seluruh Rantau ini. Melalui kerjasama bersama Minecraft dan Mattel, peruncit ini menawarkan rangkaian produk istimewa sempena tayangan filem Minecraft yang akan datang.

Pelanggan yang membeli produk Minecraft daripada Mattel, termasuk Minecraft Movie Feature Roleplay dan Minecraft 3.25” Core Figures, akan menerima kod DLC eksklusif dengan watak Minecraft unik—menggabungkan permainan fizikal dan digital dengan cara yang baharu dan menarik.

Toys”R”Us Asia juga telah bekerjasama dengan Zuru untuk memperkenalkan rangkaian Mini Brands yang menarik, menampilkan koleksi miniatur daripada pelbagai IP popular. Tawaran baharu ini menggalakkan permainan tanpa had dan kreativiti, serta mengajak peminat untuk menyelami pengembaraan imaginatif.

Dengan Live Toyful, Toys”R”Us Asia menunjukkan kesediaannya untuk melangkah ke fasa baharu dalam dunia retailtainment. Melalui konsep kerjasama, dan produk baharu, jenama ini terus mengukuhkan legasi sambil membuka peluang pertumbuhan dalam pasaran yang semakin dinamik dan pelbagai.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top