Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan kos perbelanjaan pengubahsuaian kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana di Putrajaya menelan belanja sehingga RM30 juta.
Namun, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bahawa pengubahsuaian itu merangkumi skop utama seperti penambahbaikan pendawaian elektrikal, mekanikal serta sistem pendingin hawa.
Tambahannya pula, ia juga membabitkan pengubahsuaian struktur di Block Kediaman Rasmi serta penggantian perabot yang uzur dan daif, sesuai dengan status kediaman rasmi Perdana Menteri.
Dalam satu kertas makluman berhubung justifikasi Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung isu kos ubah suai di Seri Perdana, antara perkara yang dibangkitkan berhubung perolehan perabot yang terpaksa dijalankan susulan permintaan mantan Perdana Menteri Keenam, Datuk Seri Najib Razak.
Kerja pengubahsuaian tersebut dijalankan oleh pihak JKR memandangkan Seri Perdana merupakan aset milik kerajaan di bawah kendalian agensi tersebut.
“Mengikut norma JKR, pendawaian elektrik dan mekanikal yang melebihi 15 tahun perlu diganti terutama bagi bangunan yang diubahsuai termasuk kelengkapan lampu, penghawa dingin dan papan agihan.
“Untuk rekod pendawaian elektrik dan mekanikal di Blok Private tidak pernah dinaik taraf sejak siap dibina pada tahun 1997,” katanya lagi.
“Pengubahsuaian ini meliputi skop-skop utama seperti penambahbaikan pendawaian elektrikal, mekanikal, serta sistem penghawa dingin dan pengubahsuaian struktur di Blok Kediaman Rasmi serta penggantian perabot-perabot rasmi yang telah uzur dan daif, sesuai dengan status kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia,”
Laporan tersebut juga mengatakan ia atas kelewatan pemindahan aset peribadi PM Keenam, ia menyebabkan penilaian semula perlu dibuat ke atas perolehan perabot.
Kos menggantikan perabot juga menelan jutaan ringgit dan hampir semua perabot telah dibawa keluar oleh mantan Perdana Menteri Keenam dan didakwa adalah milik PM tersebut.
Projek itu juga sudah mencapai tahap 60 peratus setakat 31 Ogos lalu.