Umum

Update Jerebu, 4 kawasan catat IPU tidak sihat

Gambar Hiasan

Empat kawasan di mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Setakat semakan pada jam 9 pagi, kawasan Cheras mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 169.

3 lagi kawasan yang turut mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah di Batu Pahat yang mencatatkan bacaan 158, Bukit Rambai di Melaka dengan bacaan 156 dan Larkin di Johor dengan bacaan 137.

Bacaan IPU diklasifikasi sebagai kualiti udara baik sekiranya bacaan adalah 0 sehingga 50, sederhana untuk bacaan 51 sehingga 100 dan tidak sihat untuk bacaan 101 sehingga 200.

Bagi bacaan dari 201 hingga 300 ia diklasifikasikan sebagai sangat tidak sihat dan untuk IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

 

 

PALING POPULAR

To Top