Umum

Usul subseksyen SOSMA dilanjutkan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 20 Julai, telah menggemukakan usul bagi membatalkan keputusan Dewan Rakyat pada 23 Mac lalu, yang menolak usul melanjutkan tempoh kuat kuasa subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA) untuk lima tahun lagi.

Usul pembatalan itu dikemukan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bagi membolehkan usul itu dilanjutkan dan dibentangkan di Dewan Rakyat.

Selaku, Bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) berkata undang-undang terbabit wajar dan perlu diteruskan lagi dalam tempoh lima tahun akan datang.

Tambahannya, sekiranya ketiadaan akta sebegitu mereka (pengganas) akan terlepas hingga boleh menimbulkan bahaya kepada negara.

Muhyiddin berkata demikian semasa perbahasan usul pelanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Sosma selama lima tahun lagi mulai 31 Julai ini.

Undang-undang ini membenarkan polis menahan suspek selama 28 hari.

“Dengan cara ini juga mampu untuk pihak Polis melakukan proses penyiasatan secara menyeluruh, ia memberikan ruang dan masa secukupnya untuk melengkapkan kertas siasatan”, kata beliau.

Dengan itu, Lanjutan penguatkuasaan subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 SOSMA bagi mengekalkan tempoh tahanan 28 hari diluluskan menerusi undi belah bahagian di Dewan Rakyat semalam.

Subseksyen berkenaan akan terus berkuat kuasa selama lima tahun lagi selepas tarikh tamatnya pada 31 Julai ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, seramai 111 ahli Parlimen bersetuju dan menyokong usul tersebut, manakala 88 ahli Parlimen tidak bersetuju dan 21 ahli Parlimen tidak hadir. 

Sosma adalah Rang Undang-undang Kesealamatan (langkah-langkah khas) 2012, yang digubal bagi membendung aktiviti seseorang atau kumpulan yang mahu mengguling atau melemahkan negara.

PALING POPULAR

To Top