Politik

Veteran tentera tekad bantu rakyat

Tersentuh hatinya apabila melihat keluarga yang dibantunya menghadapi pelbagai musibah bagi menghadapi pandemik covid-19 baru-baru ini.

Sejak daripada insiden itu, beliau bertekad untuk terus membantu golongan tidak bernasib baik.

Menurut calon N04 Lendu, Mejar (B) Abdullah Mahadi ketika mengetuai SMART Masjid Tanah, kunjungan beliau di sebuah rumah bagi menyalurkan bantuan, jiwanya begitu sebak hampir menitis air mata.

Masakan tidak, sang isteri asma kronik hanya terbaring di katil dan bergerak menggunakan kerusi roda. Ketika menghulurkan bantun, tiba-tiba sesak nafas, manakala suaminya gagal melakukan sesuatu akibat pengaruh dadah. Begitu juga dua anaknya berusia 12 dan 17 tahun tidak sekolah.

Lebih malang ketika kerja menyelamat dilakukan, tuan rumah datang menghalau mereka keluar segera, gara-gara tidak membayar sewa rumah.

Atas kesedaran itu, beliau bertekad untuk melakukan sesuatu bagi meringankan golongan yang kurang kemampuan.

Calon Dun Lendu juga bertekad untuk membantu veteran tentera di Lendu yang terkesan akibat pandemik covid 19.

Yang Cuba untuk mewujudkan peluang pekerjaan Dan perniagaan kecil-kecilan kepada mereka. Sekurang-kurangnya taraf kehidupan dapat ditangani.

PALING POPULAR

To Top