Buletin

Wajah Seiras Kajol, Gadis Sabah Ini Jadi Perhatian

Jika dulu di Sabah ada Selena Gomez Malaysia, kini muncul seorang lagi gadis dari Negeri Di Bawah Bayu yang memiliki wajah mirip ratu Bollywood, Kajol Mukherjee.

Memetik laporan Malaysian Digest, gadis yang dikenali sebagai Tasha Muslie itu mula mendapat perhatian pada Rabu selepas seorang jurusolek memuat naik gambar ‘Kajol Sabah’ itu di Instagram miliknya.

“Tak boleh ‘move on’ lagi ni. Akak cari gambar Kajol dengan solekan dia lebih kurang dengan adik Tasha semalam (Rabu) untuk bagi nampak lagi sama.

“Kalau suka tolong ‘like’ dan kongsi. Bagi viral Kajol Sabah kita,” tulisnya di Instagram.

Tambah jurusolek dari Sabah itu, dia bersetuju bahawa Sabah sememangnya memiliki ramai gadis yang mirip dengan selebriti.

“Betullah di Sabah ni macam-macam ada rupa gadis-gadisnya. Gadis berwajah iras Kajol pun ada.

“Terima kasih adik @tashamuslie_ sudi tadah muka untuk kali kedua,” katanya.

Sementara itu, Tasha Muslie yang turut mengongsikan gambarnya di Instagram pula menulis kapsyen: “Be love, be light. Theme make up, would be like Kajol. Yay or nay? (Jadi cinta, jadi cahaya. Tema solekan, menjadi seperti Kajol. Ya atau tidak?”.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top