Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan memberi kenyataan dalam masa yang terdekat berhubung dakwaan peletakan jawatan beliau.
Sinar Harian melaporkan pegawai media Wan Junaidi enggan memberi sebarang komen berhubung dakwaan tersebut buat masa ini ketika dihubungi pada Jumaat.
“Buat masa ini, kita tidak ada apa-apa komen sebab kita pun belum dapat sebarang arahan lagi tetapi jika ada, kita akan memberikan kenyataan rasmi.
“Kita pun masih menunggu tetapi kita akan cuba secepat mungkin,” katanya pada Jumaat.
Terdahulu, media melaporkan Wan Junaidi telah mengemukakan surat peletakan jawatannya sebagai Yang Dipertua Dewan Negara untuk dilantik sebagai Gabenor Sarawak ke-lapan, menggantikan Abdul Taib Mahmud.