Umum

Wanita berusia 59 tahun antara 30 wanita ditahan disyaki pelacur

Gambar PDRM

Polis telah menggempur 3 premis pelacuran dan menahan 30 wanita warga asing di sekitar ibu negara, pada hari Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, serbuan dilakukan pihaknya bermula jam 7.45 malam di Jalan Pasar Baharu, di Jalan Pudu dan Jalan Imbi.

Katanya, dalam serbuan tersebut, pihaknya menahan 30 wanita warga asing yang disyaki pelacur, berumur antara 23 tahun hingga 59 tahun.

“Turut dirampas 14 gulung tisu, 16 tuala mandi, 3 tiub pelincir, 16 tisu basah, 100 kondom, kad akses, losyen (4) dan wang tunai RM400.

“Kesemua yang ditahan direman selama empat hari hingga 18 Disember bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Polis menyeru orang ramai untuk memberikan kerjasama dan menyalurkan maklumat tentang sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang.

Katanya, sebarang maklumat boleh disalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

PALING POPULAR

To Top