Umum

Warga emas meninggal dunia atas bumbung rumah

Seorang warga emas meninggal dunia semasa berada di atas bumbung rumahnya di Felda Pasak, dekat sini pada Ahad.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Rafi Mohd Nor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 3.44 petang.

Katanya, seramai sembilan anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian mendapati mangsa, Yam Ramin yang berusia 80 tahun telah pengsan di atas bumbung ketika ingin melihat keadaan bumbung rumahnya selepas dibaiki.

“Mangsa disedari pengsan oleh jiran mangsa yang kebetulan berada di kawasan tersebut.

“Bomba bertindak menurunkan mangsa menggunakan tali,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Tambah beliau, operasi tersebut tamat pada jam 5.25 petang.

*Berita asal di Sinar Harian

PALING POPULAR

To Top