Travel

10 Lokasi Percutian Bajet Tak Sampai RM500

Sekarang ni kebanyakan syarikat penerbangan mengadakan promosi harga tambang murah. Masa ni la kaki melancong kena ambil peluang untuk pergi bercuti!

Bila sebut je tentang melancong atau bercuti mesti ramai yang anggap perlu berbelanja besar. Siapa cakap?

Jangan risau sekiranya anda tidak mempunyai bajet yang banyak, anda sboleh pergi bercuti dengan bajet minimum RM500 di lokasi-lokasi ini!

1. Kuala Lumpur, Malaysia

Kuala Lumpur menyediakan banyak hotel bajet dengan kos hanya RM100 untuk semalam (atau RM50 semalam di Tune Hotel). Di Kuala Lumpur juga banyak kemudahan LRT dan pengangkutan awam yang memudahkan anda utnuk ke lokasi tumpuan seperti KLCC, Bukit Bintang, Tugu Negara, Muzium Negara, Taman Burung dan banyak lagi.

2. Krabi, Thailand

Antara destinasi popular di Thailand, anda boleh dapatkan harga tiket penerbangan Air Asia atau Bangkok Airways dengan harga RM230 atau lebih rendah lagi. Bilik dorm boleh didapati dengan harga RM20 semalam atau bilik lebih selesa dengan harga RM100.

3. Ho Chi Minh, Vietnam

Bandar ini menjadi tumpuan untuk membeli-belah. Harga hotel anda boleh daptkan sekitar RM60 semalam. Anda tak perlu risau untuk mencari restoran halal kerana banyak boleh didapati di sana.

4. Koh Samui, Thailand

Apa yang menjadi tarikan disini ialah keindahan pulaunya yang masih lagi terpelihara. Harga hotel pula boleh didapati dengan harga serendah RM100 semalam. Banyak restoran makanan halal disediakan di sana.

5. Hatyai, Thailand

Hatyai sentiasa menjadi tumpuan pelancong Malaysia untuk membeli-belah. Sekiranya anda mencari hotel bajet, anda boleh daptkan dengan harga serendah RM20. Disini anda tak perlu risau dengan makanan halal. Yang penting harganya sangat murah.

6. Singapura

Walaupun nilai mata wang lebih tinggi 2 kali ganda dari ringgit, namun anda tetap boleh melancong dengan kos di bawah RM500. Anda boleh menginap di hotel sekitar Johor Bahru dengan menaiki bas ke Singapura. Tune Hotel di Danga Bay menawarkan harga RM40 semalam.

7. Pulau Pinang, Malaysia

Ini antara lokasi percutian ramai pelancong dan menawarkan hotel bajet dengan kos sekitar RM100 untuk semalma. Makanan dan Pulau Pinang memang tidak boleh dipisahkan. Banyak tarikan makanan dan harganya sangat berbaloi untuk anda cuba!

8. Medan, Indonesia

Disini banyak tempat menarik anda boleh lawati. Anda boleh dapatkan harga hotel sekitar RM100 semalam. Banyak juga pilihan hotel yang jauh lebih murah. Makanan disana tiada beza dengan di Malaysia. Harga makanan juga juga jauh lebih murah.

9. Padang & Bukit Tinggi, Indonesia

Padang masih lagi tersenarai sebagai pusat pelancongan berpatutan dan berbaloi untuk dilawati. Disini juga terdapat banyak hotel murah serendah RM60 semalam. Menu makanan tiada beza di Malaysia dan harga sangat murah.

Sumber: Jelita

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top