Buletin

10 Penyanyi Korea Paling Kaya & Bergelar Jutawan 

K-Pop bukan saja menjadi kegilaan di Korea Selatan malah di seluruh dunia. Apa saja konsert K-Pop pasti akan mendapat sambutan luar biasa. Jualan tiket pula habis dijual seperti ‘pisang goren panas’.

Baru-baru ini, laman portal Koreaboo senaraikan 10 penyanyi atau Idol paling kaya. Agak-agak siapa yang paling kaya?

10. Taeyang – $10 Million USD (RM42 juta)

Selain bergerak bersama BIGBANG, Taeyang juga muncul dengan beberapa album solo. Jadi tidak hairan jika Taeyang menjana pendapatan tinggi.

9. Suzy – $11 Million USD (RM46 juta)

“Nation’s first love”, Suzy, mencipta nama selepas menyertai kumpulan miss A. Suzy dikatakan menjana pendapatan $ 8 juta USD sebagai duta jenama sahaja.

8. Yoona – $11 Million USD (RM46 juta)

Bukan saja ahli kumpulan terkenal Girls ‘Generation, Yoona juga menjana pendapatan sebagai duta jenama serta pelakon di Korea dan China.

7. BoA – $14 Million USD (RM59 juta)

BoA kini merupakan bintang terkemuka di Korea dan Jepun selepas 17 tahun berada di industri muzik. Memainkan peranan sebagai juri dalam program popular di Korea, BoA antara penyanyi berpengaruh di Korea.

6. IU – $15 Million USD (RM63 juta)

IU antara penyanyi paling popular di Korea dan lagu nyanyiannya sentiasa mengungguli carta sejak memulakan kerjaya pada usia 15 tahun.

5. Dara – $16 Million USD (RM68 juta)

Sebelum mencipta kejayaan di Korea, Dara merupakan penyanyi dan pelakon popular di Filipina. Dara menjana pendapatan lumayan sebagai pelakon dan duta jenama.

4. Rain – $20 Million USD (RM85 juta)

Rain merupakan penyanyi dan pelakon popular di Korea dan merupakan bintang K-Pop pertama yang membintangi filem Hollywood, Ninja Assassin.

3. G-Dragon – $21 Million USD (RM89 juta)

G-Dragon bukan saja anggota kumpulan BIGBANG, malah merupakan dan artis solo popular di Korea. G-Dragon juga merupakan ikon fesyen dunia dan memiliki jenama pakaiannya sendiri, PeaceMinusOne.

2. Siwon – $35 Million USD (RM1.4 bilion)

Bekas anggota kumpulan Super Junior ini antara paling popular didunia. Siwon merupakan penyanyi, pelakon dan model berprofil tinggi.

1. Psy – $45 Million USD (RM1.9 bilion)

PSY mendahului senarai sebagai bintang K-Pops #1 terkaya. Memegang rekod sebagai penyanyi dengan video YouTube paling ramai tontonan selama 5 tahun, tidak hairan PSY dinobat penyanyi Korea paling kaya. telah disiram dengan wang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top