Cinta

5 Sifat Buruk Ini Hanya Ada Pada Lelaki Kacak Sahaja!

Mesti ramai lelaki yang ‘perasan kacak’ sahaja akan baca artikel ini. Lelaki kacak ni selalunya ada ramai wanita kelilling pinggang. Jadi, jika anda ni jenis forever alone, anda bukanlah diketagorikan sebagai lelaki kacak, tapi ‘tak berapa hensem je’.

Tapi tak semua lelaki yang rupa kacak memiliki hati baik. Harap muka je hensem tapi kaki perempuan. Kami senaraikan 5 sifat buruk yang hanya ada pada lelaki kacak sahaja.

1. Jenis pilih bulu

Bila muka hensem, mula la nak pilih bulu. Nak yang cantik je. Konon baru la sepadan bagai pinang dibelah dua. Takkan la muka hensem nak dapat girlfriend rupa biasa-biasa je. Kalau dah dapat yang cantik, nak yang lagi cantik!

2. Jenis kuat perasan

Kebanyakan lelaki kacak ni jenis perasan. Dia ingat dia tu hensem gila. Tapi, ramai juga yang tak hensem kuat perasan. Konon ramai perempuan sukakan dia.

3. Mesti jenis kasanova

Memang tak pelik jika lelaki hensem ni ada banyak girlfriend dalam satu masa. Tapi jangan seronok sangat, takut-takut dapat pasangan satu spesies baru tahu.

4. Buat salah pun wanita akan maafkan

Ini salah satu kelebihan lelaki kacak. Hanya guna ayat manis je dah boleh cairkan hati wanita. Wanita ni pun satu hal. Kalau lelaki tu dah curang tak kisah la hensem mana pun, takkan la nak terima lagi.

5. Mata duitan

Bukan wanita je jenis materialistik, lelaki kacak pun sama. Mereka akan gunakan kelebihan wajah mereka untuk menjerat wanita dan jadi kaki kikis.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top