Umum

11,713 calon SPM 2023 peroleh keputusan cemerlang

Gambar Hiasan

Seramai 11,713 calon Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2023 berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, pencapaian calon SPM 2023 lebih baik apabila merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) 4.60 berbanding 4.74 pada tahun sebelumnya.

“Seramai 226,358 daripada 373,255 calon baharu SPM 2023 lulus sekurang-kurangnya semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 57.1% atau 213,624 calon pada 2022.

“Seramai 93.5% atau 349,297 calon layak mendapat sijil SPM 2023 berbanding 342, 742 pada 2022,” katanya semasa mengumumkan keputusan SPM 2023 di sini.

“Ia menunjukkan peningkatan 1.9% dan merupakan pencapaian terbaik sejak 2013 berdasarkan syarat pensijilan SPM yang ditetapkan.”

Beliau berkata, keputusan SPM 2023 menunjukkan 66 mata pelajaran mencatatkan peningkatan prestasi, 25 mata pelajaran mencatatkan penurunan dan empat mata pelajaran menunjukkan prestasi tidak berubah atau kekal.

Katanya, prestasi semua mata pelajaran teras dalam SPM 2023, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik dan Sains menunjukkan peningkatan.

“Pendidikan Moral menunjukkan peningkatan prestasi tertinggi 0.20 mata, manakala Bahasa Melayu pula menujukkan prestasi terbaik dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 3.86 mata.”

“Semua empat mata pelajaran elektif STEM (Sains Tulen dan Matematik Tambahan) menunjukkan peningkatan, dengan Fizik merekodkan prestasi tertinggi 0.22 mata dan merupakan mata pelajaran terbaik dengan prestasi terbaik kumpulan ini GPMP 4.15 mata.”

Dalam sidang media sejurus pengumuman itu, Azman berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengenal pasti punca ketidakhadiran lebih 10,000 calon SPM 2023.

“Kita akan teliti sebab-sebab calon ini tidak hadir. Bagaimanapun, berlaku penurunan agak banyak dari segi calon tidak hadir berbanding tahun lepas dan kita akan teliti satu persatu sebab dan intervensi yang akan kita laksanakan untuk pastikan perkara ini akan dapat ditangani sebaik-baiknya.”

PALING POPULAR

To Top