Umum

19 lagi kematian direkod, tiga di luar hospital

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 19 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kepada 31,334 orang, daripada 2.73 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, tiga daripada 19 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 44,815 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 37,183 individu atau 83 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,783 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Sebanyak 3,543 kes dirawat di hospital dan 306 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 136 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 170 lagi memerlukan mesin ventilator.

PALING POPULAR

To Top