Umum

Bantuan banjir diberikan, tiada pengeluaran KSWP!

Sebelum ini, kerajaan memaklumkan akan memperhalusi dan mengkaji secara menyeluruh mengenai cadangan untuk menaikkan had pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi kemudahan i-Citra.

Namun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan tidak berhasrat meluluskan pengelua­ran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 secara one-off.

Ia amat mendukacitakan bagi seluruh rakyat Malaysia, kerana harapan mereka untuk kembali hidup semula selepas pasca banjir yang sedang melanda negara ketika ini, berkecai begitu sahaja.

Rata-rata mereka mengharapkan duit KWSP dikeluarkan sekali gus tanpa syarat memandangkan ramai yang memerlukan ketika ini.

“Luluskan sahaja pengeluaran i-Citra RM10,000 tu, kebetulan dengan keadaan sekarang. Ada yang nak baiki kereta, rumah, kenapa susah sangat.

“Cukup-cukup lah berbincang, mesyuarat bagai, duit itu pun hak pencarum,” jelas Zariff Hadi.

“Tengok keadaan sekarang memang ramai yang memerlukan, pembukaan sekolah pun dah nak dekat. Banyak persediaan dan barang yang perlu diganti.

“Dah berapa kali bencana kita hadap, berapa kali juga rakyat minta. Kenapa susah sangat nak luluskan?” soal Marzuki68.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, kerajaan keberatan meluluskan pengeluaran khas ketiga kerana ramai pencarum kini memiliki jumlah simpanan yang terlalu sedikit untuk persediaan hari tua mereka.

“Tujuan KWSP adalah untuk simpanan hari tua selepas pencen. Selepas pengeluaran khas dua kali sebelum ini, 20 peratus pencarum hanya tinggal baki RM1,000.

“Kalau RM1,000, apabila pencen nanti, automatik mereka akan jadi miskin tegar. Ini yang saya risaukan.

“Malah hampir 95 peratus daripada pencarum yang miliki baki simpanan RM1,000 itu adalah dalam kalangan orang Melayu dan Bumiputera. Kita kena sedar perkara ini,” katanya.

Selain itu, kerajaan juga sudah memperuntukkan dana dan mengumumkan bantuan yang mencukupi untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara, selain sedia menambah peruntukan berkenaan.

PALING POPULAR

To Top