Umum

2 helikopter terhempas, sambutan ulang Tahun TLDM ke-90 dibatalkan

Gambar FMT

Susulan kejadian 2 helikopter berlanggar dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak, pagi tadi, sambutan ulang tahun ke-90 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dibatalkan.

Menurut Menteri Pertahanan, Khaled Nordin, keputusan itu mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua TLDM.

“Kita akan batalkan, ganti dengan majlis bacaan doa selamat dan tahlil Jumaat ini,” katanya pada sidang media di Pangkalan TLDM Lumut Perak.

Dalam kejadian sekitar jam 9 pagi, Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan Helikopter Fennec milik TLDM dilaporkan berlanggar sebelum terhempas, mengorbankan 10 kru kapal.

Mangsa terkorban ialah 4 kru dan 3 penumpang menaiki pesawat HOM, iaitu Pegawai Memerintah Skuadron 503 Muhammad Firdaus Ramli, dan Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin beserta Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi; Muhammad Faisol Tamadun; Noorfarahimi Mohd Saedy, Noor Rahiza Anuar dan Joanna Felicia Rohna.

Tiga kru menaiki Fennec yang turut terkorban terdiri Pegawai Memerintah Skuadron 502 Muhamad Amir Mohamad; T Sivasutan dan Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

Difahamkan, kedua-dua helikopter itu yang berlepas dari Padang Sitiawan pada 9.03 pagi tadi bertembung semasa latihan lintas hormat sempena Hari TLDM ke-90.

Helikopter HOM itu dilaporkan terhempas di Stadium TLDM, manakala FENNEC terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM.

PALING POPULAR

To Top