Umum

2 maut setakat ini, 37 berjaya diselamatkan di Tanah Runtuh Batang Kali

Polis mengesahkan seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia dan seramai 37 individu berjaya diselamatkan dalam

Kejadian berlaku di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Genting Highland, Pahang.

Pelbagai agensi penyelamatan digerakkan ke lokasi antara agensi terlibat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.

Bomba menerima panggilan kecemasan pada 2.24 pagi berhubung kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Genting Highland, Pahang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 3 pagi.

Maklumat awal pihak polis mengatakan, 100 orang berada di tapak perkhemahan itu, yang berkemungkinan menjadi mangsa runtuhan.

PALING POPULAR

To Top