Umum

2 rakyat Malaysia cedera kejadian letupan bom di Narathiwat

Gambar Facebook

8 mangsa cedera termasuk 2 rakyat Malaysia dalam letupan bom di wilayah Narathiwat Isnin malam.

Menurut laporan Sinar Harian, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi mengesahkan 2 mangsa dari Kelantan itu cedera ringan.

Dalam kejadian jam 9.35 malam Isnin, lebih 5 motosikal dilaporkan terbakar di Jalan Phu Pha Phakdi, daerah Mueang dipercayai akibat bom dipasang padanya, dengan semua mangsa berusia 20 hingga 30-an hanya cedera ringan.

PALING POPULAR

To Top