Umum

28 individu ditahan berkaitan rusuhan bersenjata

Gambar Facebook

Seramai 28 individu lelaki ditahan dipercayai berkaitan rusuhan bersenjatakan parang di Jalan Raja Uda, Butterworth.

Suspek yang semuanya berusia antara 17 hingga 51 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di Seberang Perai Utara (SPU) pada hari Sabtu.

Menurut Ketua Polis Seberang Perai Utara, Mohd Asri Shafie, siasatan awal mendapati punca kejadian akibat pertengkaran dan provokasi sesama suspek.

“Usaha mengesan saki-baki suspek lain giat dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya dilaporkan Harian Metro.

Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat Nasrina Darus di talian 04-5762222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah video berdurasi 4 saat menunjukkan sekumpulan lelaki yang bersenjatakan besi kelihatan seperti parang merosakkan sebuah kenderaan di depan sebuah premis di Jalan Raja Uda.

PALING POPULAR

To Top