Umum

2 suspek diburu polis, disyaki terlibat kes tembakan

Gambar Hiasan

2 suspek disyaki terlibat kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, awal pagi Sabtu sedang diburu Polis.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun, polis menerima satu laporan berkaitan kes itu pada jam 4.42 pagi.

Mengikut laporan tersebut, kira-kira jam 3 pagi semasa pengadu bersama sepupunya sedang tidur kedengaran bunyi 4 das tembakan di luar rumah.

“Pengadu yang tersedar dengan tembakan itu terus pergi ke pintu utama di rumahnya dan mendapati dua lelaki menaiki sebuah motosikal memecut laju ke arah Bunut Susu.

“Pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati terdapat kesan tembakan pada cermin belakang dan cermin sisi penumpang hadapan kereta Perodua Viva, manakala kereta Mitsubishi Triton ditembak di bahagian fender kiri,” katanya dalam kenyataan.

Kata beliau, polis menjalankan pemeriksaan di kawasan hadapan rumah lelaki itu menemukan 4 kelongsong peluru disyaki jenis 9mm.

“Dalam kejadian ini tidak melibatkan kecederaan mana-mana individu dan hanya melibatkan kerosakan 2 buah kereta sahaja dan suspek disyaki 2 lelaki tempatan menggunakan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15.”

Kes disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

PALING POPULAR

To Top