Umum

58 individu ditahan polis disyaki terlibat scam forex

Gambar Hiasan

Polis telah menahan 58 individu menerusi serbuan ke atas 3 premis, yang disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan pelaburan Forex dalam talian.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor menyatakan antara ditahan pada serbuan Jumaat melibatkan 24 lelaki dan 32 wanita tempatan, serta seorang lelaki dan wanita warga asing berumur antara 20 hingga 59 tahun.

Dalam serbuan tiga premis di sebuah pusat bangunan perniagaan itu, polis turut merampas 50 komputer riba, 4 telefon bimbit pelbagai jenama, 9 set komputer meja, satu modem Wi-Fi dan 2 gegantung iklan pelaburan.

Hasil pemeriksaan mendapati sindiket ini menggunakan media sosial bagi mempromosi serta menawarkan pelaburan dengan menyasarkan mangsa dari pelbagai negara antaranya Malaysia, Vietnam, China, Filipina, Singapura dan Eropah.

Amihizam berkata kesemua suspek direman hingga hari Isnin ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420/511/120B Kanun Keseksaan.

PALING POPULAR

To Top