Umum

Rugi RM127,560 akibat phone scam

Gambar hiasan

Seorang pesara di Ipoh rugi RM127,560 setelah menjadi mangsa phone scam. Siasatan polis mendapati pada 26 September lalu, pengadu yang berumur 61 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang individu memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat kurier.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, siasatan polis mendapati, pengadu ditipu kononnya mempunyai bungkusan bermasalah. Talian kemudian disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang kepada seorang ‘inspektor’ serta ‘sarjan’ supaya pengadu kemukakan gambar muka hadapan kad bank milik pengadu kepada mereka.

Mohd Yusri berkata, sepanjang tempoh antara 9 dan 10 Oktober, tiga transaksi dibuat kepada tiga akaun bank milik individu berlainan sehingga mangsa mengalami kerugian sehingga RM127,560.

Berikut kejadian ini, beliau ingin mengingati masyarakat supaya berwaspada terhadap panggilan telefon yang mencurigakan terutamanya syarikat kurier dan agensi kerajaan.

Sumber: Astro Awani

PALING POPULAR

To Top