Buletin

Datuk Seri Vida Sedia Terima Jemputan Menyanyi

Jangan terkejut, single sulung Datuk Seri Vida berjudul ‘I Am Me’ bakal dipasarkan di iTunes dan Spotify bermula Jumaat ini.

Menurut laporan Astro Gempak, Datuk Vida berkata, dia mahukan lagunya itu mendapat liputan luas bukan hanya di Malaysia sahaja malah di antarabangsa.

“Lagu I Am Me akan dilancarkan secara rasminya pada hari Jumaat ini (14 Julai) di semua platform digital.

“Manakala muzik videonya akan ditayangkan di platform media sosial pada 1 Ogos,” katanya.

Lagu rancak ‘I Am Me’ dicipta sepenuhnya oleh Edry KRU dan muzik video itu diarahkan oleh Yusry Abdul Halim.

Menurut Datuk Vida, dia menyarung enam persalinan khas sepanjang penggambaran yang berlangsung selama dua hari itu.

Dalam laporan mStar Online pula, Datuk Seri Vida tidak menolak sebarang undangan untuk mengadakan persembahan pentas jika mendapat undangan dari mana mana pihak yang berminat.

“Mana tahu selepas ini ada yang berminat untuk panggil menyanyi, saya okey saja,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top