Umum

7-Eleven namakan Farhash Wafa Salvador sebagai pengerusi baharu

7-Eleven Malaysia Holdings Bhd hari ini mengumumkan Farhash Wafa Salvador sebagai pengerusi baharu berkuat kuasa pada Selasa.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat itu menjelaskan Farhash menggantikan Datuk Seri Robin Tan Yeong Ching yang meletakkan jawatan sebagai pengerusi hari ini untuk meneruskan minat lain.

Robin dilantik sebagai pengerusi 7-Eleven Malaysia pada 25 Nov, 2021.

Farhash membawa pengalaman bernilai lebih sedekad dalam bidang perniagaan, perundingan dan khidmat nasihat, menurutnya.

“Dalam bidang perniagaan, kerjayanya yang cemerlang merentas pelbagai sektor termasuk pembinaan, teknologi, hotel, makanan dan minuman.

“Beliau juga ialah pendorong yang menggalakkan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini,” jelasnya.

Beliau kini menganggotai lembaga penasihat Yayasan Usahawan Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berkembang maju dalam menghimpunkan, mencipta dan membangunkan syarikat-syarikat mampan dengan ciri keusahawanan yang kukuh.

Beliau juga pengerusi eksekutif kumpulan Apex Equity Holdings Bhd dan pengarah Berjaya Construction Bhd.

— BERNAMA

PALING POPULAR

To Top